Tuesday, 12 March 2013

RotaVirus dan kesannya


Antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah. Pastikan ibu membasuh tangan sebelum memegang makanan. - Dr Yong Junina Fadzil, perunding paediatrik.

Perunding paediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, berkata kanak-kanak dijangkiti Rotavirus lazimnya akan mengalami cirit-birit dan muntah diikuti deman sehingga badan mereka mengalami dehidrasi.

“Susah untuk mengenalpasti dengan tepat sama ada anak mereka terkena Rotavirus atau masalah kesihatan biasa kerana kadangkala keracunan makanan juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami gejala berkenaan, iaitu muntah dan cirit birit.

“Sehubungan itu jika anak mengalami cirit birit dan muntah berpanjangan berserta demam, ibu bapa perlu membawa anak mereka berjumpa doktor dengan segera bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan anak mereka mengalami keadaan itu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Baru-baru ini, dua bayi berusia dua dan 10 bulan di Hilir Perak dilaporkan meninggal dunia, manakala lebih 2,000 penduduk di dua daerah di Perak mengalami masalah kesihatan dipercayai berpunca daripada Rotavirus yang disebarkan melalui air menyebabkan Akut Gastroenteritis (AGE). 
Setakat kelmarin, kes AGE dipercayai akibat Rotavirus di dua daerah di Perak terus meningkat apabila 251 lagi kes baru dilaporkan dengan 15 kes dimasukkan ke wad. Berdasarkan laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 180 kes dikesan di Daerah Hilir Perak dan 71 kes di Daerah Batang Padang sehingga Selasa lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes AGE terkumpul sejak 27 Januari lalu kepada 1,990 kes dan 1,078 di dua daerah berkenaan.


Namun apa sebenarnya kaitan AGE dengan Rotavirus? AGE atau inflamasi gaster dan usus, kata Dr Yong Junina, berlaku apabila jangkitan virus seperti Rotavirus menyebabkan pesakit muntah dan cirit-birit, sekali gus menjadi punca kepada dehidrasi atau kehilangan air dalam badan. 

Kadangkala, kehilangan cecair yang keterlaluan dan serius, terutama dalam kalangan bayi boleh menjadi punca kematian biarpun ia disifatkan sebagai kes terpencil. 

Bagaimanapun, Dr Yong Junina berkata, kematian yang berlaku bukan disebabkan Rotavirus sebaliknya mangsa maut akibat masalah dehidrasi dan tekanan darah dalam badan yang menurun dengan mendadak.

“Kehilangan air dalam badan yang teruk dan tidak dirawat dengan segera boleh memudaratkan pesakit terutama apabila muntah dan cirit birit itu berpanjangan.

“Malah apabila tekanan darah dalam badan menurun, pelbagai komplikasi lain juga akan dialami antaranya buah pinggang tidak berfungsi dan seterusnya akan membawa maut kepada mereka yang dijangkiti,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa disaran supaya mendapatkan rawatan dengan segera sebaik mendapati anak mengalami ciri yang dinyatakan khususnya muntah dan cirit birit serius, bagi memastikan anak tidak mengalami dehidrasi.

Dr Yong Junina berkata, Rotavirus lazim menyerang bayi dan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, namun kajian menunjukkan orang dewasa yang dijangkiti virus berkenaan turut mengalami gejala serupa.

“Sekiranya individu dewasa yang mengalami keadaan ini, mereka pasti tahu mengendalikannya, tapi jika terkena kepada kanak-kanak, mereka tidak tahu untuk menyatakan kepada ibu bapa mengenai kesakitan dialami.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia boleh membawa maut. Jadi, apa yang perlu dilakukan ibu bapa adalah memastikan anak mereka mendapat air yang mencukupi serta membawanya ke hospital,” katanya.

Ketika itu, kehadiran Rotavirus tidak boleh dikesan melalui mata kasar seperti melihat sampel najis atau warna muntah, sebaliknya ujian terhadap sampel najis atau makanan perlu diambil bagi mengenal pasti sama ada pesakit dijangkiti Rotavirus atau tidak.

“Antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah.

“Pastikan juga ibu bapa membasuh tangan sebelum memegang makanan, jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan kanak-kanak lain mahupun adik beradik atau ibu bapa sendiri.

Pengambilan suntikan imunisasi pada usia enam bulan juga boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terkena jangkitan Rotavirus. Ada dua jenis suntikan iaitu yang boleh diambil dua dos ketika usia kanak-kanak seawal enam bulan, dan ada juga vaksin menawarkan tiga dos suntikan yang perlu diambil bertujuan merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi terhadap jangkitan rotavirus semula jadi.

Sehubungan itu, suntikan vaksin ini dilihat sebagai pertahanan diri untuk anak supaya mereka tidak terkena jangkitan Rotavirus apabila ia menyerang manusia. Kebersihan juga wajar diutamakan untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran bersih dan sihat.

FAKTA: Rotavirus
  • Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.
  • Boleh tersebar menerusi air.
  • Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama beberapa hari atas permukaan keras.
  • Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.

    Simptom terkena jangkitan Rotavirus
  • Muntah, cirit birit dan demam berpanjangan.
  • Tekanan darah dalam badan menurun.

    Langkah mengelakkan Rotavirus
  • Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan
  • Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum
  • Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.
  • Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.

    Kes Rotavirus di Perak
  • Jumaat lalu, dua bayi berusia dan 10 bulan menemui maut di daerah Hilir Perak serta Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE.
  • Sehingga Selasa lalu, jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang dikesan di Perak sejak minggu lalu mencatatkan penurunan apabila 131 kes dikesan semalam berbanding 142 kes manakala 80 kes dikesan di Hilir Perak, 51 kes dikesan di Batang Padang.
  • Sehingga artikel ini ditulis, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Hilir Perak setakat ini ialah 1,810 kes manakala Batang Padang mencatatkan 1,007 kes.
  • Sumber : Berita Harian
  • Saturday, 9 March 2013

    Penyakit Batu Dalam Hempedu


    BATU KARANG HEMPEDU
    Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

    Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

    Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

    Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

    "Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

    "Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

    Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

    Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


    Simptom-simptom
    • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
    • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

      "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

      Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

      Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
    • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

      Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

      "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

      Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

      "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

      "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

    Faktor-faktor Risiko

    Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
    • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
    • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
    • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
    • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

    Jenis-jenis batu karang hempedu
    • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
    • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
    • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

    Diagnosis

    Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

    "Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

    "Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

    Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

    Rawatan

    Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

    Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

    Pembedahan
    • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

      Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
    • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

    Bukan pembedahan


    Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
    • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
    • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

    Benefit PruCLINIC Care


    Why is PruClinic Care so special ?

     Some of the key benefits of PruClinic









    1.       Coverage for Outpatient Clinic treatment in nearly 1900 GP and Specialist Hospital Clinics throughout Malaysia

    2.       Totally Cashless and cover 100% of the bill. No coinsurance and no co-payment

    3.       No Waiting Period. Once approved you can use the plan

    4.       Comprehensive coverage :- covers consultation, treatment and medication costs

    5.       Unlimited number of visits and High Annual Limit of RM1,500 per year

    6.       Can be used for in-hospital services via combined with Prudential Health Card

    Who can take up this plan ?

    Both local Malaysians and Foreigners from the age 2 weeks old to 60 next birthday can take up the plan.
    We highly recommend self-employed business owners, housewives , children , employees seeking high coverage or retirees up to age 60 to consider taking the plan.
    CALL /SMS /WHATAPPS FOR DETAIL ..0175112737

    Friday, 8 February 2013

    Kanser usus punca sembelit kronik?


    ADAKAH anda kerap menghadapi masalah sembelit sehingga ke tahap yang serius? Tahukah anda kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit kronik?
    Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
    Namun, kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.
    Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Seenivasagam Theruvenkidan, kanser usus sukar dikesan di peringkat awal kerana kebanyakan pesakit hanya akan mengetahuinya setelah menunjukkan petanda apabila penyakit ini berada di peringkat serius.
    "Antara tanda kanser usus sudah kronik ialah apabila pesakit mengalami masalah membuang air besar akibat daripada pembentukan sel kanser di dalam usus besar yang menghalang laluan najis," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
    Tambah Dr. Seenivasagam, sembelit yang kronik merupakan salah satu simptom kepada masalah kanser usus atau kolon apabila sel kanser yang semakin membesar menyebabkan bukan sahaja najis tidak dapat melalui usus dengan sempurna malah terdapat juga masalah lain seperti tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan.
    Beliau berkata, kesedaran mengenai kanser usus masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ramai pesakit datang berjumpa doktor hanya ketika kanser telah berada di peringkat ketiga dan keempat iaitu peringkat yang serius di mana sel kanser telah merebak ke bahagian usus dan organ badan yang lain.
    "Beberapa simptom yang boleh mengesan kanser usus antaranya adalah najis yang bercampur darah, sembelit kronik diselang-seli dengan najis yang berair dan beberapa simptom lain," katanya.
    Namun kebanyakan pesakit gagal mengesan kanser ini di peringkat awal dan menurut Dr. Seenivasagam beberapa ujian akan dijalankan untuk mendiagnos penyakit ini.
    Antara ujian yang akan dilakukan ialah kolonoskopi yang mana tiub akan dimasukkan ke dalam badan untuk melihat keadaan di dalam kolon.
    "Jika terdapat ketumbuhan biasa, ia akan dibuang dengan menggunakan peralatan tersebut dan jika kanser usus dikesan, pembedahan akan dijalankan bagi membuang usus yang dijangkiti sel kanser," katanya.
    Setelah pembedahan dilakukan sistem pencernaan akan kembali berfungsi dengan baik dan masalah sembelit akan hilang


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121023/kn_01/Kanser-usus-punca-sembelit-kronik#ixzz2KIGQSxJA
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Wednesday, 30 January 2013

    Jika mampu sediakan perlindungan untuk si kecil anda

    Sapa suka beli anak2 barbie? Coki2? Suka sgt bwk anak2 p disneyland ka genting ka tp x amik insuren utk anak2 ptot consider kisah nie broo.... Time hgpa enjoi ada insan sedeh kenang nasib anak2.. 2 org anak sakit kronik derrr.. Maybe depa ni xda ilmu kewangan yg cukup tp korg yg NAMPaK,BACA dan PAHAM kisah ni cmna? Cer imagine anak2 hgpa sakit lagu nie? Cmna? Kalau xmampu xpa ak paham tp yg dok tayang baby2 hari2 kt fb tp xdak insuren lgu mana? Lagguu mana????
    Credit to : Pojikun
    Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

    Thursday, 17 January 2013

    NEW !!! PRUlink million

    Investment Linked Plan – Everyone is a Millionaire.

    An exclusive regular premium investment-linked insurance plan that provides you with a high coverage of RM500,000 and above, and safeguards what is important to you and your loved ones



    WHAT WILL I RECEIVE?
    With PRUlink million, you can enjoy peace of mind as you will receive at least your basic sum assured amount in the event of death or total and permanent disability (TPD). Depending on the performance of the funds invested, you may receive more than your current sum assured!
    A FLEXIBILE PLAN
    PRUlink million gives you flexibility to customize your coverage term and premium payment term.
    ENHANCE YOUR PROTECTION
    Enhance your protection with our optional benefits1.
    .
    INCREASE YOUR CASH VALUE
    We provide the flexibility to increase your policy investment value via Single Premium Top Ups.

    NO-LAPSE GUARANTEE
    Your policy will not lapse even when the value of units in the plan falls to zero2.

    1Attachment of optional benefits is subject to underwriting and additional premium(s)
    2Subject to all premiums being paid up to date and no withdrawals performed


     
    HOW DO I START?
    First, determine your protection needs, such as your basic cover and other optional benefits. Then decide how long you want to be covered and how long you wish to pay premiums for. The minimum sum assured is RM500,000.
    PREMIUM PAYMENT
    Premiums can be paid yearly, half-yearly, quarterly or monthly via Auto Debit, Credit Card, Cash or Cheque.
    PREMIUM ALLOCATION
    For premium payment term of 10 years:
     

    Policy Year
    1
    2
    3
    4
    5
    6
    Above 6
    PRUlink million premium Allocation Rates
    60%
    70%
    72%
    80%
    95%
    95%
    100%
    PRUsaver premium Allocation Rates
    95%







    For premium payment term of 20 years and above: 

    Policy Year
    1
    2
    3
    4
    5
    6
    Above 6
    PRUlink million premium Allocation Rates
    40%
    50%
    60%
    70%
    90%
    90%
    100%
    PRUsaver premium Allocation Rates
    95%







    WHERE ARE MY FUNDS  INVESTED?
    The premium will be invested in the PRUlink golden equity fund and PRUlink golden bond fund according to an asset mix as shown in the following table.
    PRUlink million-asset mix











    If you choose to pay premiums for a shorter term than your policy term, your funds will be switched into the PRUlink golden managed fund upon the end of the premium payment term.
    You can track the performance of your funds by checking the unit prices published daily on our website at www.prudential.com.my

    OPTIONAL BENEFIT

     1) Critical Illness Covers
    Crisis Defender is an optional benefit that is designed to pay a lump sum benefit upon diagnosis of any of the 36 critical illnesses.

    2) Payor Covers
    Enhanced PRUpayor basic, Enhanced PRUpayor saver, PRUspouse payor basic and PRUspouse payor saver pay for your plan in the event of death, disability or critical illness (if Crisis Defender is attached) on behalf of the payor of the plan be it yourself or your spouse.
     

    For further details on the product and riders, please call 03-2116 0228, email us at customer.mys@prudential.com.my or contact your friendly Prudential Wealth Planner KHAIRUL KHAMIS at 017 5112737 to assist you in performing a needs analysis to assess your suitability and affordability needs.



    Punca penyakit Appendiks dan rawatannya ...

    Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen anda.  Walaupun fungsi struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah.  Apendisitis (= radang Apendiks) merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah. Adalah dianggarkan lebihkurang 2% dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka
    Simptom utama apendisitis adalah rasa sakit yang bermula di bahagian perut (tengah abdomen) dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.  Rasa sakit apendisitis selalunya menjadi bertambah sakit dalam tempoh 6 – 12 jam dan lama-kelamaan ianya menjadi lebih teruk.
    Sesiapa sahaja boleh mengalami apendisitis tetapi lazimnya ia terjadi kepada mereka yang berumur di antara 10 – 30 tahun.  Apendisitis merupakan salah satu sebab utama surgeri di bahagian abdomen kanak-kanak dilakukan.
    Rawatan yang biasa dilakukan untuk apendiks ialah dengan mengeluarkan apendiks tersebut.  Kaedah ini agak ringkas dan pesakit boleh pulih dengan segera.  Tetapi jika apendiks telah pecah, surgeri yang akan dilakukan agak rumit dan pesakit mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.  Apendisitis yang telah pecah tetapi tidak diberi rawatan dengan segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman di dalam darah.  Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, apendisitis yang melibatkan apendiks yang telah pecah boleh mengakibatkan maut.
     
     

    Tanda-tanda dan Simptom

                Apendisitis boleh mengakibatkan pelbagai simptom yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.  Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat yang akan bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen.  Rasa kesakitan itu akan menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks itu merebak ke tisu-tisu yang berhampiran, lebih-lebih lagi ke bahagian dalam lapisan (peritoneum) abdomen anda. 
                Lama-kelamaan, rasa sakit itu akan bergerak ke bahagian kanan bawah abdomen anda – kawasan ini dikenali sebagai poin McBurney.  Bahagian ini terletak kira-kira di bahagian pertengahan di antara perut dan bahagian atas tulang pelvik kanan anda.  Walaubagaimanapun, bagi ramai pesakit yang mengalami apendisitis, bahagian yang sakit mungkin berbeza bergantung kepada umur dan posisi apendiks tersebut, lebih-lebih lagi kanak-kanak dan juga orang tua yang mungkin mengalami sakit apendisitis di tempat yang berlainan dari yang disebut di atas.
                Jika anda tekan secara perlahan di kawasan yang sakit itu, ia akan terasa lembut.  Tetapi, apabila anda lepaskan tekanan itu, lebih-lebih lagi jika anda melakukannya secara tiba-tiba, rasa sakit apendiks itu akan menjadi lebih teruk (rebound tenderness).  Ia juga akan menjadi lebih teruk jika anda batuk, berjalan atau melakukan sebarang pergerakan. Tambahan pula jika apendiks yang membengkak itu bersentuhan dengan peritoneum – lapisan membran selembut sutera yang meliputi dinding abdomen dan usus.  Namun demikian, jika anda membaringkan tubuh anda di sisi dan menarik lutut ke dada anda, rasa sakit yang dialami akan berkurangan.
                Selain daripada rasa sakit yang dialami, anda mungkin akan mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:
    ·         rasa mual dan muntah
    ·         hilang selera makan
    ·         demam ringan selepas timbul tanda-tanda dan simptom lain
    ·         sembelit
    ·         tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
    ·         cirit-birit
    ·         bengkak di bahagian abdomen

    Punca-punca berlakunya Apendisitis
               
    Setakat ini tiada sebarang penjelasan yang tepat kenapa penyakit apendisitis berlaku.  Kadangkala ianya disebabkan halangan yang berlaku apabila terdapat sisa makanan atau ketulan najis yang keras (fecal stone) terperangkap di dalam saluran apendiks anda. 
                Apendisitis juga mungkin terjadi akibat jangkitan seperti jangkitan virus di dalam usus atau ia mungkin terjadi akibat inflamasi yang lain.  Dalam kedua-dua konteks, bakteria akan merebak dengan cepat, menyebabkan apendiks itu membengkak dan dipenuhi nanah.  Jika tidak dirawat dengan segera, apendiks anda mungkin akan pecah. 

    Ujian Penyaringan dan Diagnosis

                Rasa sakit dari apendisitis akan berubah dari masa ke semasa, jadi adalah agak sukar untuk mendiagnosiskannya.  Tambahan pula, rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari pelbagai masalah kesihatan selain dari apendisitis.  Keadaan-keadaan lain yang berkaitan sakit di abdomen yang menyerupai apendisitis termasuk:

    ·         kehamilan ektopik.  Rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim)
    ·         sista ovari.  Sista di sebelah kanan ovari mungkin mendatangkan rasa sakit di kawasan yang sama dengan apendisitis.
    ·         batu karang.  Kadangkala, batu karang dari buah pinggang sebelah kanan akan keluar melalui ureter yang terletak di antara buah pinggang ke pundi kencing, dan terperangkap di situ.  Ini akan menyebabkan rasa sakit yang seakan apendisitis, lebih-lebih lagi di kalangan orang dewasa.
    ·         Jangkitan air kencing. Ini kerap berlaku di kalangan kaum wanita.Ianya boleh juga berlaku di kalangan pesakit yang sedang mengalami penyakit batu karang di dalam buah pinggang yang belum dirawat.
    ·         penyakit Crohn.  Keadaan ini yang menyebabkan inflamasi yang kronik pada trek pencernaan, juga seakan apendisitis.

    Untuk mendiagnosis apendiks, doktor anda akan memeriksa abdomen anda.  Apabila kawasan yang sakit itu ditekan dan dilepaskan dengan tiba-tiba, rasa sakit apendisitis itu akan menjadi lebih teruk lebih-lebih lagi jika peritoneum yang berhampiran membengkak.  Doktor anda juga akan memerhatikan tanda-tanda lain termasuk kekakuan yang berlaku di abdomen dan kebarangkalian anda mengeraskan otot abdomen anda apabila tekanan diletakkan ke atas apendiks yang membengkak (guarding).  Di samping itu, doktor anda akan menyarankan prosedur-prosedur berikut:

    ·         Ujian darah.  Doktor anda akan mengira bilangan darah putih yang tinggi jika terdapat sebarang radang apendiks.
    ·         Ujian air kencing. Anda mungkin dikehendaki menjalani ujian air kencing untuk memastikan jika terdapat sebarang jangkitan di trek urinari atau batu karang yang mengakibatkan rasa sakit itu.  Jika ianya batu karang, sel darah merah akan kelihatan apabila pemeriksaan mikroskopik dijalankan ke atas air kencing si pesakit.
    ·         Ujian imbasan.  Doktor anda mungkin akan menyarankan sinaran-x atau imbasan ultrasound dilakukan ke atas bahagian abdomen anda yang akan mengesahkan tidak terdapat penyakit lain yang menyerupai apendisitis.   Imbasan ultrasound yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan teknologi komputer akan menghasilkan imej organ dalaman anda.  Lebih kerap lagi, imbasan tomografi berkomputer (computerised tomography – CT) digunakan untuk mengesahkan sesuatu diagnosis.  Imbasan CT  merupakan satu ujian imbasan yang menggunakan satu siri sinar-x yang dihasilkan oleh komputer untuk menghasilkan pandangan yang lebih komprehensif terhadap organ dalaman anda berbanding sinaran-x yang konvensional.  Ia juga akan membantu mendedahkan sebarang diagnosis yang lain jika apendiks anda bukan merupakan punca sakit yang dialami.  Disebabkan imbasan CT akan menghasilkan radiasi, adalah perlu untuk pesakit wanita memastikan dirinya tidak hamil sebelum mengadakan imbasan CT.

    Walaupun berbagai-bagai ujian di atas mungkin dilakukan ke atas sesetengah pesakit yang mengalami sakit perut yang sukar dibuat diagnosis, pada umumnya untuk pesakit ynag mengalami radang apendiks, pemeriksaan fizikal oleh pakar bedah adalah yang paling penting untuk membuat diagnosis apendisitis akut. Sungguhpun begitu diagnosis yang dibuat hanyalah sekadar syak yang tinggi apendisitis akut mengikut kebarangkalian klinikal. Memandangkan begitu banyak punca sakit perut yang lain yang boleh menyerupai apendisitis akut, pakar bedah yang yang berpengalaman luas amat jarang untuk memberi jaminan 100% bahawa diagnosis adalah apendisitis akut sebelum pembedahan dijalankan.

    Komplikasi

    Komplikasi yang lebih serius terhadap apendisitis adalah jangkitan di bahagian lapisan kaviti abdomen anda (peritonitis).  Ianya mungkin terjadi jika apendiks anda pecah dan isi kandungan usus dan organisme akan berjangkit masuk ke dalam kaviti itu.  Apabila ini terjadi, anda akan rasa lega secara tiba-tiba.  Tetapi, sejurus kemudian, seluruh bahagian abdomen anda akan dipenuhi gas dan cecair sebelum ianya mengeras dan terasa sakit apabila disentuh.  Anda juga akan berasa sakit di bahagian abdomen tetapi mungkin tidak seteruk rasa sakit apendisitis yang normal.  Tambahan pula, anda mungkin tidak boleh mengeluarkan angin (kentut) atau membuang air besar disebabkan inflamasi usus.  Lain-lain tanda atau simptom adalah demam, rasa haus yang keterlaluan dan pembuangan air kecil yang amat sedikit.
    Peritonitis adalah satu kes kecemasan yang memerlukan rawatan.  Jika anda atau anggota keluarga menghidap tanda-tanda jangkitan abdomen, anda dinasihatkan pergi ke wad kecemasan mana-mana hospital atau mana-mana klinikal yang beroperasi 24jam dengan segera.  Walaupun dengan mendapatkan rawatan segera, peritonitis boleh menjadi lebih serius.
    Kanak-kanak akan lebih cenderung mengalami apendiks yang pecah daripada orang dewasa.  Disebabkan kanak-kanak tidak selalunya menghidap simptom-simptom biasa apendisitis, ibubapa mungkin akan lengah untuk mendapatkan rawatan.  Atas sebab itu, adalah dinasihatkan agar ibubapa tidak mengambil sikap acuh tak acuh jika anda atau mana-mana anggota keluarga mengalami kesakitan di bahagian abdomen.  Walaupun jika anda mengesyaki ‘sakit perut’ itu tidak serius, sila hubungi doktor anda untuk memastikannya.
    Adakalanya, jangkitan atau penyerapan kandungan usus akan membentuk lapisan nanah (appendiceal abscess) sekecil biji kacang atau sebesar buah limau.  Walau apa pun saiznya, ia memerlukan surgeri sebelum nanah itu menembusi dinding usus itu dan menyebabkan peritonitis.

    Rawatan

                Jika anda mempunyai apendisitis yang teruk, anda perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan apendiks tersebut (apendektomi).  Pakar bedah anda akan melakukan pembedahan terbuka yang tradisional dengan menggunakan insisi di abdomen (di antara 3 – 7cm) atau melakukan surgeri laparoskopik di mana ia hanya memerlukan beberapa insisi yang kecil di bahagian abdomen (di antara 0.5 – 1cm).
                Dalam prosedur laparoskopik, pakar bedah anda akan memasukkan satu laparoskop – tiub senipis pensil yang mempunyai sistem lampu dan kamera video kecil ke dalam abdomen melalui kanula (satu tiub lompang).  Prosedur ini hanya memerlukan insisi yang kecil.  Video kamera  ini akan memberi gambaran di bahagian dalam abdomen anda di monitor video dan pakar bedah anda boleh melakukan surgeri ini dengan lebih jelas.  Untuk mengeluarkan apendiks anda, pakar bedah anda akan menggunakan alat kecil yang dimasukkan melalui satu atau dua insisi kecil di abdomen anda.
                Secara amnya, surgeri laparoskopik memberi peluang kepada anda untuk sembuh dengan cepat dan tanda parut yang kurang.  Tetapi, jika apendiks anda telah pecah dan jangkitan telah merebak melampaui kawasan apendiks, atau jika terdapat nanah, anda memerlukan insisi yang lebih besar untuk membolehkan pakar bedah anda membersihkan kaviti abdomen dengan lebih teliti.  Anda akan menerima antiobiotiks secara intravena dan perlu tinggal di hospital beberapa hari untuk proses pemulihan.
    Kos pembedahan biasa apendiks adalah sekitar RM 4,000. Tetapi kadangkala pesakit terpaksa menjalani pembedahan kecemasan pada waktu luar pejabat yang akan menelan kos di sekitar RM 5,000-6,000 di sesetengah hospital. Kos pembedahan apendiks juga berbeza-beza jika pembedahan dilakukan secara laparoskopik, pembedahan yang lebih rumit kerana pesakit lebih obes, apendiks yang sudah pecah atau kedudukan apendiks yang di luar kebiasaan. Kos rawatan apendisitis pada keseluruhannya juga boleh berbeza akibat dari ujian-ujian yang terpaka pakar bedah lakukan di dalam proses mendiagnos apendisitis akut.
    info dari mycolumbiaasia
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...